Hibah Mutlak (e-buku)

Hibah

Buku ini membincangkan konsep hibah dalam perspektif syariah dan undang-undang di Malaysia. Buku ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti definisi, rukun dan syarat hibah serta memperincikan isu-isu praktikal seperti qabd (penguasaan harta), hibah tanpa pindah milik, dan penarikan balik hibah. Buku ini turut merungkai dokumentasi hibah mutlak yang perlu difahami oleh masyarakat bagi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan.   Buku ini meneliti bidang kuasa mahkamah dan cabaran pelaksanaan perintah, dengan memberi penekakan kepada pengiktirafan perintah mahkamah syariah oleh institusi sivil. Menariknya, buku ini turut memberikan sorotan terhadap Enakmen Hibah Negeri Kelantan 2022 sebagai model rujukan untuk memperkukuhkan amalan hibah di Malaysia. Secara keseluruhan, Hibah Mutlak ialah panduan lengkap untuk memahami dan melaksanakan hibah secara sah, adil, dan berlandaskan syarak. Buku ini sesuai untuk masyarakat umum, dan peguam yang ingin mendalami konsep hibah, sekali gus mengelakkan pertikaian harta dan memastikan keharmonian dalam pewarisan.

More Details Try Demo

Affiliates

Like this product?

Spread the word about it and earn 50.00% of the purchase price on sales you refer.

Join our affiliate program

1.76MB PDF Download

MYR 15.00


Question? Contact Us