Wasiat
Tujuan penulis menulis e-book ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca tentang cara penulisan wasiat supaya wasiat yang ditulis adalah sah dan berkuatkuasa. Harapan penulis agar pembaca yang membaca e-book ini akan mampu menulis wasiat mereka sendiri secara sah dan boleh dikuatkuasakan tanpa perlu mereka menghabiskan wang yang banyak membayar kepada pihak-pihak lain sedangkan pembaca mampu menulisnya sendiri.
Penulis sedar bahawa bukan semua di kalangan masyarakat mampu membayar upah peguam atau membayar yuran syarikat-syarikat amanah yang memberikan khidmat penulisan wasiat. Masyarakat muslim sebenarnya mampu menulisnya sendiri dengan yakin bahawa wasiat yang ditulis adalah sah dan boleh dikuatkuasakan selepas pewasiat meninggal nanti.